21 May
21May

Karangan yang baik adalah karangan yang mempunyai penggunaan penulisan yang baik. Setiap pelajar perlu mengambil berat akan penggunaan bahasa dalam penulisan karangan mereka. Hal ini demikian kerana penggunaan bahasa yang baik dalam karangan mampu mempengaruhi kualiti penulisan sesebuah karangan tersebut. Antara penggunaan bahasa dalam penulisan karangan ialah:

  1. Penggunaan tatabahasa yang betul
  2. Mempunyai ayat yang gramatis
  3. Betul dari segi Hukum D-M
  4. Mempunyai ayat wacana
  5. Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca
  6. Pembinaan ayat dan pemilihan frasa serta perkataan yang sesuai.

         Selain itu, pelajar juga digalakkan menggunakan teknik deduktif dan teknik induktif dalam menghasilkan sesebuah karangan termasuklah penulisan karangan fakta. Hal ini demikian kerana dengan menggunakan teknik tersebut, pelajar dapat mengolah isi karangan dengan baik dan dapat menghasilkan ayat yang gramatis berdasarkan isi-isi utama perenggan. Teknik Deduktif ialah umum kepada khusus. Sebagai contoh, murid menjelaskan terlebih dahulu pernyataan umum yang berkaitan sesuatu perkara kepada pernyataan khusus. Seterusnya ialah Teknik Induktif. Teknik ini merupakan sesuatu pernyataan khusus kepada pernyataan umum. Sebagai contoh, pelajar menjelaskan terlebih dahulu tentang pernyataan khusus dan seterusnya menjelaskan pernyataan umum. Oleh itu, dengan menggunakan teknik-teknik ini dalam penulisan karangan fakta, pelajar dapat menghasilkan sebuah penulisan karangan yang baik dan berkualiti di samping mereka dapat menguasai teknik-teknik penulisan karangan.

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING